Sunday 6 May 2012

kahwin muda bab4


part 4

setting : SMK Pahlawan Setia,10.00pg

“Lid,Ai Ling..Jom makan rojak buah kat kantin.aku belanja hari ni.’’
“wah..baiknya u,irfan..”puji ai ling.
“la..lid ni kenapa pulak buat muka macam tu Ai Ling?aku nak belanja ni.dia tak suka ke?”
Ai Ling mengenjutkan bahunya.

Khalida tidak menghiraukan pelawaan irfan.moodnya hari ini tidak berapa baik apabila teringat pesan ibu pagi tadi.
“khalidah..pihak lelaki nak datang hujung minggu ini.kalau kamu ada rancangan apa-apa dengan kawan kamu sabtu ni,batalkan ye.’’

Puppp!!
Khalida tersentak apabila irfan mengetuk mejanya.
“eh,cepat sorok bawah meja.cepat!!’’gesa irfan.
“kenapa irfan?”soal ai ling ringkas
Khalida yang tadinya tidak mengendahkan mereka turut pelik melihat gelagat irfan yang serta merta menyorok di bawah meja..

“Shuuutttsss…”irfan menyuruh mereka diam sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah pintu belakang kelas.
Belum sempat khalida dan ai ling menoleh..
“hei!!korang buat apa kat kelas ni?sekarang ni waktu rehat.’’
Mereka terkedu seketika tatkala ditegur oleh Firdaus,ketua pengawas yang mereka anggap kaki report cikgu.
“irfan!!kau ingat kau kurus sorok bawah meja aku tak nampak ke!!”
“lek lu…berok..eh,silap..silap..lek lu..bro..kitaorang nak keluar lah ni.’’irfan menyengih seperti kerang busuk.dia sengaja memanggil firdaus berok supaya mood khalida berubah.
Khalida dan Ai Ling tidak dapat menahan ketawa,hingga menyebabkan firdaus marah.akibatnya,mereka didenda mengutip sampah di padang.

“haiya!!ni u punya pasallah irfan’’
“mana ada amoi..ni u punya pasallah..siapa suruh u ketawa sampai si bulat tu dengar”
“choi!!dah kene denda pun masih mau kutuk dia ke?apa punya olang!!’’
“memang betulkan dia bulat..cuba tengok mata dia yang jengkel tadi,kalah kucing siam saya..ha..ha..’’

Khalida yang senyap dari tadi langsung ketawa apabila melihat aksi irfan mengajuk gaya firdaus sambil menjengkelkan matanya.AI Ling pula membaling kepingan daun kering kearah irfan.
Setelah suasana kembali reda,khalida teringat akan hal semalam.dia tidak sempat untuk bertanya kepada irfan kerana irfan lansung pulang selepas kelas tanpa menunggunya dan ai ling.

“ir,kau kata nak cerita pasal kau jumpa cikgu munir tu’’
“ye lah irfan.u jangan mungkir janji..semalam u kata mau cerita hari ni..sekarang kasi taulah..”
“oh..pasal semalam tu..aku..”

Belum sempat irfan menghabiskan ayatnya,loceng pula berbunyi.
Krinngggggg…..

“eh,cepat masuk kelas,lepas ni waktu fizik kan?”
“ai ya!!ye lo..nanti kena denda pulak..”
“irfan ni..baru nak dengar cerita kau..apa pun thanks yup..sebab selamatkan aku..”khalidah menepuk-nepuk bahu irfan sambil tersenyum sinis.
“apa saja untuk kau lid..”balas hati kecil irfan.

dia suka melihat khalida tersenyum.matanya yang sepet menjadikan rupa gadis melayu peranakan cina ini begitu istimewa.apatah lagi terdapat tahi lalat di hujung mata coklatnya.jika dilihat dari jauh,dia persis gadis arab kerana dianugerahkan Allah kening yang lebat lagi kemas.kulitnya cerah berseri,kadangkala kemerah-merahan seperti udang bakar dek kerana sang mentari.tatkala khalida tersenyum terselit lesung pipit yang menawan hati setiap mata memandang termasuk irfan.dia juga terpaut dengan senyuman khalida.

Khalida dianugerahkan kecantikan semulajadi.walaupun tanpa setepek bedak di wajahnya sekalipun,dia masih kelihatan cantik.tidak seperti kebanyakan pelajar perempuan lain yang sibuk bermekap tebal menutup segala parut jerawat di wajah semata-mata untuk kelihatan ala diva yang digilai pelajar lelaki.

khalida bukan seperti mereka yang kebanyakannya hilang matlamat apabila ke sekolah,matlamat mereka terpesong kerana begitu teruja dengan kejutan budaya couple di sekolah.sebaliknya khalida tahu niatnya ke sekolah.dia bijak menepis budaya tidak sihat disekolahnya.tudungnya yang labuh,menjadi pendinding baginya dari didekati musang berbulu ayam.

Dek kerana imejnya yang bertudung labuh dan sikapnya yang pemalu,dia tidak mempunyai kawan lelaki yang ramai hanya irfanlah satu-satu sahabat lelakinya.sebelum ini pun,agak susah untuk khalida menerima irfan sebagai kawannya.hinggalah suatu hari,irfan dihantar ayahnya untuk belajar mengaji dari khalida,sebaik ayahnya mendapat tahu khalida menjuarai pertandingan Tilawah Al Quran peringkat negeri johor.sejak itu,mereka bersahabat baik.

bersambung..Bputi_boy.gif 20*20