Wednesday 29 February 2012

Kahwin Muda bab3


part 3..

tempat : di rumah khalida


“khalida,ayah nak cakap sikit dengan kamu..”

pesan ibunya,Mak Yam sebaik melihat khalida selesai menunaikan solat isyak.khalida kemudiannya menuju ke katil ayahnya di ruang tamu.Dia tahu ayahnya hendak berbincang soal pinangan yang telah diatur oleh ayahnya.

“khalida,kamu setuju ke?”soal ayahnya lemah.

Dari jauh lelah hembusan nafas ayahnya yang semput dapat didengar..turun naik ..turun naik... mak yam mengurut-urut dada pak Sani dengan penuh ihsan.sesekali,mak yam memandang khalida.khalida tidak sampai hati untuk mengatakan tidak.dia hanya mendiamkan diri.

“ayah buat semua ni untuk kebaikan kamu..dia tu budak baik.’’pak sani cuba memujuk khalida.

“tapi,ayah…khalida tak bersedia nak kahwin.lagipun tahun depan lid nak spm”khalida cuba berterus terang.

“jangan risau lid,dalam tempoh kamu belajar ni,kamu hanya bertunang dengan dia.dia pun dah berjanji tak akan mengganggu kamu.Cuma..dia akan membayar segala kos pembelajaran kamu..maklumlah,kami ni dah tua lid..tak larat nak bekerja.lid pun tahukan kita hidup susah..ayah pula sakit..”balas mak yam panjang lebar.

“ayah dengan ibu cuma risau kalau-kalau ajal kami dah dekat,sekurang-kurangnya nanti kalau kami dah tak ada,ada orang jaga kamu..”sambung mak yam lagi.

“ibu janganlah cakap macam tu..”nadanya sedikit sebak.

“khalida..kamu tu tak ada saudara lain kat dunia ni..kamu cuma ada ibu dengan ayah saja”

Khalidah menangguk faham.dia tahu kisah silam ibu dan ayahnya..mereka dipulaukan oleh keluarga gara-gara kahwin lari.semua ini berpunca apabila ayahnya bukanlah pilihan menantu yang direstui keluarga ibunya.kerana ayah seorang mualaf cina.mungkin kerana tiada restu orang tualah,mereka hidup susah sekarang.namun khalida bersyukur kerana dikurniakan ibubapa yang amat mementingkan pendidikan ukhrawi..

“baiklah..lid ikut cakap ayah dengan ibu.tapi,biarlah majlis ni diadakan secara rahsia,begitu juga dengan hubungan ni..sebab lid tak nak kawan-kawan sekolah lid tahu..”

“syukur Alhamdulillah..akhirnya terbuka juga pintu hati kamu..”

Jelas kelihatan senyuman kesyukuran pada air muka mereka.

“kamu tak mahu tahukah siapa bakal tunang kamu?’’ soal pak sani sebaik sahaja khalida bangun menuju ke biliknya..

Khalida menggelengkan kepala.baginya dia bersetuju untuk bertunang bukan kerana lelaki tersebut,sebaliknya ingin menyenangkan hati ibu dan ayahnya.lagi pula,dia mempercayai pilihan ibu dan ayahnya.

Sebaik sahaja khalida masuk ke bilik,dia menunaikan solat istikharah.

“Ya Allah,ya tuhanku,sesungguhnya aku memohon pilihan padaMu,dengan pengatahuanMu dan mohon keputusan kepadaMu dengan kekuasaanMu yang agung,kerana Engkau maha kuasa dan aku tidak berkuasa apa-apa..Engkau maha mengetahui,sedangkan aku tidak mengetahui apa-apa.Engkau maha mengetahui segala hal yang ghaib.

Ya Allah sekiranya Engkau memutuskan bahawa pertunangan ini,baik untukku,baik dalam agamaku,kehidupanku dan akibat persoalanku,sama ada di masa sekarang atau di masa akan datang,Maka takdirkanlah itu dapat tercapai untukku,maka permudahkanlah untukku kemudian kurniakanlah keberkatan padaku dalam mengerjakannya.

Ya Allah,tetapi jika sekiranya pertunangan ini berakibat buruk padaku,sama ada dalam agamaku,kehidupanku dan akibat persoalan,baik di masa sekarang atau di masa akan datang,Jauhkanlah daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya,lalu takdirkanlah yang baik baik sahaja untukku di mana sahaja adanya,kemudian kurniakanlah kepadaku dengan apa-apa yang baik itu.

Aku redha ya Allah..atas segala ketentuanmu..”

Dalam sujud terakhirnya,dia berdoa.hatinya yang tadi sangsi atas keputusannya,kini menjadi tenang apabila mendapat bayangan ibu dan ayahnya..mungkin Allah memberi petunjuk.

“subhanallah..”bicara hatinya penuh ikhlas..

Khalida semakin yakin akan pilihannya untuk bertunang..


to be continue..

Tuesday 28 February 2012

kahwin muda bab2


pandaemoticon part 2..


“Nurul Khalida binti Mohd Khalid Tow”

kelantangan suara cikgu Munir menyebabkan semua pelajar 4 orkid terkejut seketika,mereka serta merta memandang khalida yang duduk di hujung kelas.

“aku dah agak dah..” bicara hati kecil khalidah.

“macammana ni lid? Apa u mau jawab?”soal Ai Ling cemas.

“jujur sajalah..” khalidah membalas ringkas.

Ai Ling mula panik tatkala nama kawan baiknya yang sudah dianggap BFF sehidup semati dipanggil oleh guru yang paling digeruni pelajar SMK Sri Selenga.lihat sahaja misainya yang melenting tajam lagak watak sarjan dalam drama Gerak Khas.Rotan buluh runcing pula senantiasa di tangan seperti kembar siam,dimana ada cikgu Munir disitu pasti ada rotannya.tidak hairanlah jika cikgu munir merangkap guru displin sekolah digelar cikgu singa dalam kalangan pelajarnya.namun kategasannya itulah yang berjaya mengurangkan masalah dispilin pelajar SMK Sri Selenga.dari hal masalah displin merokok,buli,ponteng sekolah,semuanya dapat dibanteras secara total.

Khalidah melangkah perlahan kearah cikgu Munir.semua mata tertumpu kearahnya seolah-olah dia penjenayah kejam.mereka yang tadinya khusyuk menyalin tugasan fizik di papan putih kini beralih tumpuan ke arah khalidah.mereka kehairanan.Apa tidaknya,khalidah merupakan pelajar rajin dan pandai di sekolah.dia tidak pernah ponteng dalam menyiapkan tugasan.sebaliknya,bukunya jugalah yang sering dicop rakan sekelasnya awal-awal pagi untuk dicopycat.

“kanapa awak tak siapkan tugasan yang saya bagi?’’

“maaf cikgu,saya..saya…”

“saya apa? Jangan tipu saya!!’’

“saya sebenarnya terlupa”

“terlupa??”

Tiba-tiba,satu suara cuba mempertahankan khalidah..

“tak cikgu,sebenarnya saya yang terbawa balik buku dia..’’

“awak irfan!!”

Khalida terkejut dengan kenyataan Irfan.matanya yang semulajadi sepet,membulat memandang irfan tatkala mendengar pengakuan kawan baiknya itu.Irfan sememangnya sahabat lelakinya yang paling rapat.mereka sering kali digosipkan menjalinkan hubungan cinta oleh rakan sekelas.sehinggakan cikgu pun kerap kali mengusik mereka berdua di dalam kelas.walhal,mereka hanya teman tapi mesra.mereka menjadi semakin rapat apabila ayah Irfan mengupah ibu khalidah untuk menoreh di kebunnya.

“apa kau cuba buat ni irfan!!”bisik hati khalida geram.dia tidak suka kawan sekelasnya nanti akan menyalah anggap dengan tindakan irfan.

“irfan jumpa saya di bilik guru sebelum rehat nanti..”tegas cikgu munir.

“baiklah kamu berdua boleh duduk,jangan sebab masalah kamu,kawan-kawan kamu tak belajar.’’

Sesi pembelajaran bermula seperti biasa.namun fikiran khalidah tidak keruan.dia berasa serba salah atas pengakuan irfan.tak pasal-pasal irfan pula dipanggil ke bilik guru.Ai Ling pula dari tadi asyik menerjah khalida dengan bermacam-macam soalan,persis wartawan Melodi.

“betulke apa irfan cakap?’’

“Kenapa u tak mau bagi tau saya pasal irfan?’’

“apa jadi nanti dekat irfan??ah..kesiannya..”

Hanya kebisuan menjadi jawapan khalidah.dia langsung tidak mempedulikan kawannya itu.kali ini masalahnya dua kali ganda lebih kompleks.khalida memandang tepat ke arah irfan yang duduk selang sebaris dihadapannya..irfan kemudian menoleh ke belakang memandang khalidah.

“aku okey..”kata irfan perlahan sambil memberi isyarat.


Hello Kitty emoticonbersambung..

Monday 27 February 2012

Kahwin Muda bab1

part 1..

“Kami datang ni dengan hajat besar nak meminang anak kamu si Khalidah’’saraf neuron seolah olah mengasak otaknya memutarkan semula insiden petang tadi..dialog yang amat dibencinya mula menghantui dirinya..

“gilake apa?aku baru 16 tahun!!” Khalida berbicara spontan tatkala memikirkan insiden petang tadi.Nadanya sedikit marah namun seolah-olah berbisik.Kakinya dari tadi melangkah laju mundar-mandir dalam ruangan kamar kecilnya itu.

Tukk..tukk..pintu biliknya diketuk perlahan..

Dengan tangkas,dia berbaring di atas katil lusuhnya lalu berpura-pura tidur..dia dapat meneka kedatangan ibunya untuk memujuknya supaya bersetuju menerima pinangan pemuda yang langsung tidak pernah dikenalinya.

Sebelum ini ayahnya pernah menyuarakan hasrat untuk menjodohkan dia pada hujung tahun ini,atas alasan untuk menjamin masa depannya kerana ayah dan ibunya tidak mampu untuk membiayai kos pelajarannya..tambahnya lagi,pemuda tersebut orang yang baik dan berharta.

Kepala khalidah ligat memikirkan hal petang tadi.Dia yang tadinya tidur-tidur ayam berterusan begitu meskipun ibunya sudah keluar sebaik melihat dia tidur.

“terima..tak…terima…tak..”

“macammana ni!!”

“kalau aku terima,apa pulak kata kawan-kawan sekolah..tapi,kalau aku tolak…’’

monolog hatinya bernoktah disitu.Dia memikirkan nasib keluarganya.

Memang benar ibu dan ayahnya tidak mampu membiayai yuran pelajarannya..lagi pula,ayahnya menghidapi barah hati tahap empat dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.ibunya pula hanya penoreh getah yang tak tentu sumber pendapatannya..kalau hujan,mereka terpaksa ikat perut.ayahnya pula sudah tidak berkerja selepas terlantar di atas katil.pokoknya,hidup mereka kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Khalidah masih ingat saat dia meminta izin daripada ayahnya untuk berhenti sekolah dan ingin berkerja di pusat siber cafe yang baru dibuka.Ayahnya menentang sekeras-keras keputusannya dan mengatakan hanya khalida satu-satunya anak mereka.mereka menaruh harapan tinggi menggunung untuk melihat dia berjaya.lantas,berkahwin dengan pemuda kaya tersebut merupakan langkah akhir yang dilihat oleh ayahnya untuk menyelesaikan kesulitan dan masalah kesempitan hidup yang boleh menggugat impiannya untuk melihat khalida berjaya.

Dalam dingin pekat malam itu,perlahan-lahan dia tertidur.kerja rumah yang ditangguhkannya siang tadi terbiar sahaja di atas meja tanpa diusiknya.mungkin kerana hal petang tadi,dia langsung terlupa untuk menyiapkannya.


Hello Kitty emoticonbersambung...