Tuesday 28 February 2012

kahwin muda bab2


pandaemoticon part 2..


“Nurul Khalida binti Mohd Khalid Tow”

kelantangan suara cikgu Munir menyebabkan semua pelajar 4 orkid terkejut seketika,mereka serta merta memandang khalida yang duduk di hujung kelas.

“aku dah agak dah..” bicara hati kecil khalidah.

“macammana ni lid? Apa u mau jawab?”soal Ai Ling cemas.

“jujur sajalah..” khalidah membalas ringkas.

Ai Ling mula panik tatkala nama kawan baiknya yang sudah dianggap BFF sehidup semati dipanggil oleh guru yang paling digeruni pelajar SMK Sri Selenga.lihat sahaja misainya yang melenting tajam lagak watak sarjan dalam drama Gerak Khas.Rotan buluh runcing pula senantiasa di tangan seperti kembar siam,dimana ada cikgu Munir disitu pasti ada rotannya.tidak hairanlah jika cikgu munir merangkap guru displin sekolah digelar cikgu singa dalam kalangan pelajarnya.namun kategasannya itulah yang berjaya mengurangkan masalah dispilin pelajar SMK Sri Selenga.dari hal masalah displin merokok,buli,ponteng sekolah,semuanya dapat dibanteras secara total.

Khalidah melangkah perlahan kearah cikgu Munir.semua mata tertumpu kearahnya seolah-olah dia penjenayah kejam.mereka yang tadinya khusyuk menyalin tugasan fizik di papan putih kini beralih tumpuan ke arah khalidah.mereka kehairanan.Apa tidaknya,khalidah merupakan pelajar rajin dan pandai di sekolah.dia tidak pernah ponteng dalam menyiapkan tugasan.sebaliknya,bukunya jugalah yang sering dicop rakan sekelasnya awal-awal pagi untuk dicopycat.

“kanapa awak tak siapkan tugasan yang saya bagi?’’

“maaf cikgu,saya..saya…”

“saya apa? Jangan tipu saya!!’’

“saya sebenarnya terlupa”

“terlupa??”

Tiba-tiba,satu suara cuba mempertahankan khalidah..

“tak cikgu,sebenarnya saya yang terbawa balik buku dia..’’

“awak irfan!!”

Khalida terkejut dengan kenyataan Irfan.matanya yang semulajadi sepet,membulat memandang irfan tatkala mendengar pengakuan kawan baiknya itu.Irfan sememangnya sahabat lelakinya yang paling rapat.mereka sering kali digosipkan menjalinkan hubungan cinta oleh rakan sekelas.sehinggakan cikgu pun kerap kali mengusik mereka berdua di dalam kelas.walhal,mereka hanya teman tapi mesra.mereka menjadi semakin rapat apabila ayah Irfan mengupah ibu khalidah untuk menoreh di kebunnya.

“apa kau cuba buat ni irfan!!”bisik hati khalida geram.dia tidak suka kawan sekelasnya nanti akan menyalah anggap dengan tindakan irfan.

“irfan jumpa saya di bilik guru sebelum rehat nanti..”tegas cikgu munir.

“baiklah kamu berdua boleh duduk,jangan sebab masalah kamu,kawan-kawan kamu tak belajar.’’

Sesi pembelajaran bermula seperti biasa.namun fikiran khalidah tidak keruan.dia berasa serba salah atas pengakuan irfan.tak pasal-pasal irfan pula dipanggil ke bilik guru.Ai Ling pula dari tadi asyik menerjah khalida dengan bermacam-macam soalan,persis wartawan Melodi.

“betulke apa irfan cakap?’’

“Kenapa u tak mau bagi tau saya pasal irfan?’’

“apa jadi nanti dekat irfan??ah..kesiannya..”

Hanya kebisuan menjadi jawapan khalidah.dia langsung tidak mempedulikan kawannya itu.kali ini masalahnya dua kali ganda lebih kompleks.khalida memandang tepat ke arah irfan yang duduk selang sebaris dihadapannya..irfan kemudian menoleh ke belakang memandang khalidah.

“aku okey..”kata irfan perlahan sambil memberi isyarat.


Hello Kitty emoticonbersambung..

1 comment:

  1. tak de sambungan ke?? cepatlah update lagii.. nak baca...ngeee

    ReplyDelete